Sunday, August 22, 2010

4 lelaki dipancung, dikelar dan digantung di jambatan Mexico

CUERNAVACA, Mexico: Empat mayat tanpa kepala digantung pada satu jambatan di sebuah bandar di tengah Mexico yang dibelenggu pertelingkahan antara dua raja dadah.




Pejabat Peguam Negara bandar Morelos menyatakan kumpulan yang diketuai Hector Beltran Leyva mengakui bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu dalam mesej yang ditinggalkan bersama mayat terbabit. Mayat mangsa yang dipancung dan kelar itu digantung pada kaki awal semalam di jambatan di Cuernavaca, persinggahan popular hujung minggu bagi penduduk Mexico City. Cuernavaca menjadi medan tempur bagi penguasaan kartel Beltran Leyva sejak ketuanya, Arturo Beltran Leyva terbunuh Disember lalu ketika berbalas tembak dengan pihak marin.



Pihak berkuasa Mexico berkata, kartel terbabit berpecah di antara puak diketuai adik Arturo, Hector Beltran Leyva dan puak diketuai raja dadah kelahiran Amerika Syarikat, Edgar Valdez Villarreal yang turut dikenali sebagai “the Barbie.”



Mesej yang ditinggalkan bersama mayat terbabit memberi amaran: "Inilah yang akan berlaku kepada semua yang menyokong pembelot Edgar Valdez Villarreal.”



Pihak berkuasa berkata, keempat lelaki berkenaan diculik beberapa hari lalu. - AP

No comments:

Post a Comment